Thursday, December 6, 2012

Terkini - Kapal Induk Amerika sudah berlabuh di Perairan Syria

Terkini - Kapal Induk Amerika sudah berlabuh di Perairan Syria






Kapal induk Amerika USS Eisenhower dilaporkan sudah berlabuh berhampiran perairan Syria di Laut Mediterranean, mencetuskan kebimbangan antarabangsa atas usaha AS untuk melakukan campur tangan ketenteraan di Syria.



Kapal perang Tentera Laut AS itu membawa lapan buah jet pejuang pengebom dan 8,000 tentera. Mereka datang berhampiran pantai Syria pada hari Rabu untuk melakukan campur tangan di Syria jika negara itu menggunakan "senjata kimia", Debkafile, melaporkan.



Pada masa yang sama Turki nampaknya sudah mengerahkan tentera di sepanjang sempadan Syria di samping sokongan terbuka pejuang anti-Damsyik.



Laporan itu lebih lanjut menyatakan bahawa kapal induk USS Eisenhower masa ini berlabuh di pantai Syria, bergabung dengan kapal perang USS Iwo Jima yang membawa 2,500 pasukan dengan kelengkapan perang.



Laporan ini juga memetik kenyataan pegawai AS, yang dipetik dari The Australian, yang mendakwa, "Kami mempersiapkan operasi pasukan khas, dan sementara ini mereka siap dihantar."



Sebelumnya, senat AS menggubal Undang-Undang Kebenaran Pertahanan Nasional hingga 2013 pada hari Rabu, 05/12/12, dan kerajaan Obama akan menyerahkannya kepada Kongres untuk setiap jenis campur tangan tentera.



Penghantaran kapal Induk AS tersebut berikutan keputusan NATO pada hari Selasa untuk memasang sistem peluru berpandu Patriot di sepanjang sempadan Turki dengan Syria. Turki mendakwa sistem Patriot akan melindungi kawasan sempadannya.





Terima Kasih daun keladi semoga bermanfaat dengan entri Kapal Induk Amerika sudah berlabuh di Perairan Syria

Terima kasih sila share pautan Kapal Induk Amerika sudah berlabuh di Perairan Syria



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...